Piala AMEC: Hariss Harun anggap bertemu Malaysia sangat istimewa

Najmi Iman
December 19, 2024 12:57 MYT
Ketua pasukan Singapura, Hariss Harun, mengingatkan semua pemain agar tidak mengambil mudah bertemu Malaysia dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.
Hariss yang pernah berkelana di Malaysia sebelum ini mengakui bahawa Harimau Malaya mahu mempunyai peluang tatkala bermain di tempat sendiri merupakan kekuatan utama skuad kebangsaan.
"Ia akan menjadi aksi yang sukar buat kami. Malaysia mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri dan memiliki rehat yang mencukupi," katanya ketika sidang media praperlawanan.
Pemain berusia 34 tahun itu juga berpendapat pertemuan menentang Malaysia sentiasa menjadi aksi hangat bagi kedua-dua pasukan.
Perseteruan antara kedua-dua skuad sejak dahulu sering mengujakan dan sangat istimewa selain optimis The Lions mampu memberi saingan hebat.
Ketika ditanya mengenai pertemuan terakhir sebelum ini di mana berakhir dengan kekalahan besar 4-1 di SNBJ, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata: "Aksi lalu dibintangi ramai pemain muda yang kurang memiliki pengalaman bermain dalam suasana besar.
"Tetapi kini, kami mempunyai pemain serba lengkap termasuk beberapa tonggak yang bermain dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) untuk menghadapi situasi sedemikian.
"Tetapi kami sentiasa menyedari bahawa pertembungan esok akan menjadi perlawanan yang sukar.
#bola sepak #Singapura #Hariss Harun #Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 #Piala AMEC
;