Piala AMEC: Hannah Yeoh titipkan pesanan buat Harimau Malaya
Shaiful Shamsudin
December 7, 2024 20:46 MYT
December 7, 2024 20:46 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat skuad Harimau Malaya yang akan membuka kempen Piala AMEC 2024 esok.
Harimau Malaya pastinya dahagakan kejayaan untuk muncul sebagai juara setelah kali terakhir memenangi kejohahan itu pada 2010, 14 tahun lalu.
Keyakinan menjadi dambaan pemain berpengalaman seperti Syamer Lutty Abba dan Paulo Josue serta wajah-wajah baru yang dipanggil oleh pengendali sementara pasukan, Pau Marti Vicente.
Misi besar menanti mereka walau apa pun cabaran yang menanti skuad negara sebelum ini, Hannah berpendapat bahawa mereka akan memberikan sepenuh jiwa dan raga bagi mengharungi kempen kali ini.
"Selamat maju kepada Harimau Malaya, usahakan yang terbaik.
"Saya faham banyak transisi dalam Harimau Malaya tapi kalau mereka fokus, saya yakin mereka boleh melaksanakannya," katanya.
Hannah ditemui dalam Program Pertukaran Sukan dan kebudayaan Korea-Malaysia 2024 yang diadakan di salah sebuah sekolah terkemuka di Bukit Kiara.
Ini penganjuran kedua dan diharap perkongsian pintar ini dapat diteruskan secara berkala pada masa akan datang.