Saingan hari kedua pusingan 32 Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 diteruskan hari ini dengan tujuh wakil negara bakal turun membuat perhitungan di Axiata Arena, Kuala Lumpur dengan misi mara ke pusingan seterusnya.

Rangkuman hari pertama menyaksikan tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya iaitu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Saksikan perjuangan wakil negara di kejohanan berstatus Super 1000 itu secara langsung di Astro Arena saluran 801HD, Astro Badminton (815) dan live streaming di Astro Go bermula jam 8.30 pagi.