Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa mengucapkan selamat tinggal dengan kejohanan pembukaan musim 2025, susulan tewas kepada pasangan Denmark, Mads Vestergaard-Daniel Lundgaard, di Axiata Arena, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan Sze Fei-Izzuddin ketinggalan 7-11 di interval sebelum deretan kesilapan dan permainan agresif yang ditampilkan pasangan Denmark itu berjaya memastikan mereka menang 21-15.
Menyaksikan beregu nombor satu negara itu ketinggalan dalam set pertama membuatkan Axiata Arena diam seketika, namun kembali rancak menerusi persembahan mereka dalam set berikutnya.
Mendahului 11-7 di interval, dengan permainan di jaring menjadi kekuatan mereka sebelum memenangi set kedua 21-9 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Kedua-dua beregu memberikan segala kudrat dalam set penentuan, mempamerkan corak permainan yang cukup berkualiti dengan pukulan yang kencang serta gerakan di jaring yang cukup memukau.
Terikat 14-14, keadaan makin membimbangkan buat pasangan negara yang ketinggalan 15-17 sebelum terpaksa akur dengan kekalahan 18-21.
Ammar Hakim
Tue Jan 07 2025
100Plus minuman tenaga pilihan Aaron-Wooi Yik
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ke pusingan 16 hasil kemenangan yang diperoleh hari ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik cetus cemas sebelum ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membuat peminat badminton tanah air tidak senang duduk sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata sebentar tadi.
(TERKINI) Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin tumbangkan pilihan keempat
Pilihan keempat kejohanan, Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian, ditunjukkan jalan keluar oleh beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, sekaligus membawa cabaran ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
(TERKINI) Petronas Terbuka Malaysia: Goh Jin Wei terpaksa berkerusi roda terima rawatan segera
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda untuk menerima rawatan segera di pusat rawatan Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata ketika ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Faktor kecergasan sekat kemaraan Goh Jin Wei
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia apabila tewas kepada pemain tidak ternama dari India, Malvika Bansod, di Arena Axiata sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Perjuangan Arif-Roy King terhenti
Perjuangan beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, tamat dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, di Arena Axiata sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Toma Popov hantar juara All England 2024 pulang awal
Hari kedua Terbuka Malaysia 2025 menyaksikan satu lagi kejutan di mana juara All England 2024, Jonatan Christie, tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Pemain profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengambil keputusan untuk tidak menyertai Kejohanan Terbuka India dan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
Petronas Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan 16 terbaik
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, tidak berdepan masalah mara ke pusingan seterusnya Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 selepas menyingkirkan lawan dari Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: PSM mohon maaf insiden bumbung Axiata Arena bocor
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam satu kenyataan media hari ini memohon maaf kepada pihak penganjur dan peminat sukan badminton artas insiden kebocoran bumbung ketika Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 sedang berlangsung di Axiata Arena.
Olmo and Victor registered by Barcelona after successful appeal to Sports Council
Barca allowed to register Olmo
Lewis-Potter signs new long-term contract at Brentford
Lewis-Potter signs long-term deal
Kluivert named Indonesia head coach
Kluivert named Indonesia head coach
'The sanction is not correct' - Ancelotti defends Vinicius after two-match LaLiga ban
Ancelotti defends Vinicius
Feyi-Waboso likely to miss entire Six Nations by undergoing shoulder surgery
Feyi-Waboso could miss Six Nations
Belgian GP agrees multi-year rotational F1 deal until 2031
Belgian GP agrees rotational deal
West Ham sack Lopetegui
West Ham sack Lopetegui
Kyrgios insists abdominal injury 'not too serious' ahead of Australian Open
Kyrgios: Ab injury not too serious
Bournemouth's Unal suffers ACL tear with Evanilson also sidelined
Cherries lose Unal to ACL tear
Virus leaves Dortmund without key defenders for Leverkusen test
BVB hit by virus before Bayer game