Pestabola Merdeka: Kami perlu sedia secara taktikal, mental hadapi Lubnan -- Pau Marti


September 7, 2024 16:00 MYT

Harimau Malaya sudah bersedia untuk menentang pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.

Pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente berkata, beliau sedar dengan kualiti dimiliki Lubnan namun menegaskan pemain negara sudah faham dengan taktikal pasukan dari negara Arab.

Menurutnya, skuad negara juga tidak mahu kempunan lagi untuk menjulang Piala Pestabola Merdeka selepas dikecewakan Tajikistan dalam perlawanan akhir tahun lalu.

Sesi sidang media praperlawanan menjelang Final Pestabola Merdeka 2024 dan Penentuan Tempat Ke-3 telah berlangsung di Dorsett Grand Subang, pagi tadi. Baca penuh di https://t.co/PoXToPOKDT#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/qVE0MSI18f

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Dalam tempoh dua tahun terakhir kami berdepan pasukan yang kuat dan lebih kurang seperti Lubnan iaitu Jordan, Syria dan beberapa pasukan lain. Bagi kami, mereka memiliki pemain dan corak permainan yang hampir sama.

"Kami belajar (daripada perlawanan tersebut). Kami perlu tunjukkan bagaimana boleh menyesuaikan diri dengan situasi ini.

"Dalam perlawanan esok agak sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku tetapi, kami perlu sedia secara taktikal dan mental," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan pada Sabtu.

1️⃣ HARI LAGI! Final Pestabola Merdeka 2024, Malaysia ?️ Lubnan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. ▶️ Beli tiket sekarang di https://t.co/MXg8AKWOkH Terbuka (RM40 dewasa & RM5 kanak-kanak), Grandstand RM60 & Premium RM80.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024 pic.twitter.com/fCjGSq5VtL

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malaysia mara ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Filipina 2-1 manakala Lubnan menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0.

Dalam pada itu, Pau Marti menuntut bahagian serangan pasukan yang diketuai Romel Morales supaya lebih tajam dalam memanfaatkan setiap peluang yang hadir.

"Secara keseluruhan sukar untuk jadi sempurna dalam bola sepak tetapi, kami akan cuba untuk menjadi terbaik dalam setiap aspek bertahan dan menyerang.

"Daripada perlawanan terakhir (menentang Filipina), permainan agak positif, namun kami perlu lebih agresif di depan gol dan mencipta banyak peluang.

"Di benteng pertahanan, kami menjangkakan lawan yang kuat dan kami perlu lebih 'solid'," katanya. - Sinar Harian

#bola sepak #Malaysia #Harimau Malaya #Lubnan #Pestabola Merdeka