Pesta Bola Sinarena: Selain masuk percuma, hadiah menanti pengunjung di Stadium Merdeka
Saufi Tahir
August 23, 2024 20:37 MYT
August 23, 2024 20:37 MYT
Astro Arena dan radio Sinar akan bergabung untuk menentang pemain-pemain legenda Piala Sultan Selangor dalam Pesta Bola SINARENA di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 25 Ogos ini.
Penyampai radio Sinar, Hefny Sahad, menyatakan bahawa inisiatif penganjuran Pesta Bola SINARENA adalah buat peminat bola sepak tempatan kembali menyaksikan lagenda bola sepak tanah air beraksi di atas padang.
"Kita juga sediakan makanan seperti teh tarik dan mee rebus. Inisiatif acara ini adalah untuk orang ramai bertemu dengan legenda bola sepak tanah air beraksi di atas padang. Malah, hadiah juga menanti buat yang hadir nanti" Katanya.
Jom ramai-ramai ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Ogos ini seawal jam 4 petang untuk Pesta Bola SINARENA! SINAR x @ASTROARENA akan menentang pemain legenda Pilihan Selangor (Piala Sultan Selangor). Jangan risau MASUK ADALAH PERCUMA! #SINARKongsi #PestaBolaSINARENA pic.twitter.com/vGlqUms7Sf
— SINAR - Menyinari Hidupmu (@sinar_my) August 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara pemain yang akan membuat kemunculan mewakili pasukan itu ialah bekas pemain kebangsaan, Safee Sali, Zaquan Adha, Datuk Zainal Abidin Hasan serta ramai lagi.
Dalam pada itu, Falyq Hikyle, menyatakan bahawa penganjuran acara itu adalah bersempena sinar harian menyambut ulang tahun ke-20.
"Tahun ini Sinar menyambut ulang tahun ke-20 tahun jadi kita menyambut sekali dengan pelbagai aktiviti dan tahun ini adalah dengan Astro Arena.
"Kami mahukan kemenangan, tetapi pada masa yang sama bergembira." Tambah Falyq Hikyle.