Massimiliano Allegri kecewa dengan benteng Juventus yang lembab dan kaku selepas Napoli merampas gol kemenangan lewat di Stadium Allianz, awal pagi tadi.

Perlawanan dramatik itu diputuskan minit ketiga masa kecederaan apabila sepakan voli Giacamo Raspadori buat pendahulu Serie A itu makin dekat dengan trofi Scudetto.

Pertahanan Juve terleka untuk pasukan asuhan Luciano Spalletti itu mengutip mata penuh dan Allegri mengakui dia mengharapkan standard yang lebih tinggi daripada pemainnya.

“Adalah mengecewakan untuk tewas dalam perlawanan seperti ini, kami sepatutnya bertahan dengan lebih baik terhadap gol itu,” katanya kepada DAZN.



“Kami berhenti bermain dan benar-benar perlu melakukan yang lebih baik daripada segi itu.

“Ia mudah, lihat sahaja pergerakannya, kami berada pada minit ke-93 dan sepatutnya mempunyai pemain di dalam kotak untuk bertahan.

"Ini adalah sebahagian daripada proses perkembangan pemain, sesuatu yang kami ambil mudah.

"Kami terlalu perlahan dan statik dalam bertindak balas terhadap bola terhadap situasi itu."