Muzaffar Musa
Mon Jun 07 2021
BELANDA 3 GEORGIA 0
Memphis Depay menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan menerusi satu lagi aksi dominannnya ketika Belanda menewaskan Georgia 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa menjelang Euro 2020 awal pagi tadi.
Penyerang Lyon itu menjaringkan kedua-dua gol ketika membantu pasukannya bangkit mengikat Scotland dalam perlawanan terdahulu dan dia masih memainkan peranan utama dalam perlawanan kali ini, seminggu sebelum The Oranje memulakan kempen Kejohanan Eropah dengan menantikan kunjungan Ukraine.
Sumbangan pertama Depay hadir menerusi gol sepakan penalti pada minit ke-10 sebelum dia melakukan lorongan gemilang bagi membantu Wout Weghorst memperoleh jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa dalam babak kedua.
Ryan Gravenbarch kemudian melengkapkan kemenangan 3-0 Belanda pada minit ke-76 dengan menanduk masuk bola muntah susulan percubaan jarak jauh Depay.
Belanda seterusnya akan memulakan kempen Euro 2020 dengan bertemu Ukraine di Amsterdam hujung minggu depan.
Akhyar rugi lebih RM4,800, cedera di kepala, kaki disamun dua lelaki bersenjata
Pemain Terengganu, Akhyar Rashid, mengalami kerugian lebih RM4,800 setelah disamun dua lelaki bersenjata dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu malam tadi.
UEL: Juara Bundesliga dalam misi lengkapkan treble
Bayer Leverkusen meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama di Roma sekaligus memimpin separuh akhir bagi kempen Liga Europa mereka.
Indonesia alih tumpuan aksi playoff berdepan Guinea
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mengetahui dia kini berperang dengan masa untuk menyediakan pemainnya yang keletihan menghadapi perlawanan play-off Sukan Olimpik menentang Guinea Khamis selepas tewas 2-1 kepada Iraq dalam penentuan tempat ketiga Piala AFC B-23.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Terengganu FC memandang serius terhadap insiden samun yang dialami oleh pemain Akhyar Rashid dan menjelaskan pihak polis sedang membuat siasatan.
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, akan selama-lamanya meletakkan Tottenham di tempat yang istimewa dalam hatinya selepas memimpin The Blues meraih kemenangan 2-0 ke atas bekas kelab kendaliannya awal pagi tadi.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah merangka perancangan bagi memastikan skuad Harimau Malaya lebih bersedia menghadapi dua baki perlawanan penting menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan depan.
Piala Asia B-23: Iraq layak ke Sukan Olimpik Paris, Indonesia teruskan penantian
Kemenangan 2-1 dalam masa tambahan dalam aksi playoff tempat ketiga saingan Piala Asia B-23 menyaksikan Iraq layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris, manakala Indonesia memiliki satu lagi talian hayat untuk ke pentas berprestij itu.
Harga jersi Liverpool naik melambung, Nike berdepan kecaman netizen
Nike telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.
TERKINI: Akhyar Rashid kena samun
Dukacita melanda pemain negara, Akhyar Rashid, apabila menjadi mangsa kes samun yang difahamkan berlaku di sekitar Kuala Terengganu sebentar tadi.
Kuching City perkenal jersi musim 2024/25
Berbaki kurang daripada dua minggu sahaja lagi sebelum bermulanya saingan musim baru Liga Super, Kuching City, memperkenalkan set jersi terbaru mereka untuk musim baru ini menerusi video yang cukup menarik.
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions
Man City tantalisingly close to WSL glory ahead of huge Arsenal clash
Man City face Arsenal in huge clash
Atletico Madrid must improve in top-four chase, says Simeone
Simeone: Atletico must improve
Emery demands Villa adapt after European defeat before Seagulls visit
Preview: Brighton v Aston Villa
Doncic: 'It's a pleasure' working with 'unbelievable' Irving
Doncic hails 'unbelievable' Irving
Verstappen shocked to be on pole for Miami sprint
Verstappen stunned with sprint pole
Luton boss Edwards urges Hatters to keep the faith in Premier League relegation scrap
Edwards: We've got to keep going
Spurs 'need change', says Postecoglou
Postecoglou: 'We need change'
Terzic will rotate with Champions League qualification secured
Terzic happy to rotate BVB options
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive