Penyokong Terengganu FC (TFC) meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia hingga menyaksikan TFC tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
Rata-rata penyokong skuad Penyu itu meminta TFC supaya mengemukakan bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung beberapa tindakan pengadil, S Logeswaran yang dikatakan 'bias' selain mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pengadil berkenaan.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC), Wan Mohd Hafizul Nik Anuar berkata, dia berasa kecewa dengan mutu pengadilan yang disifatkan tidak adil termasuk penalti daripada pihak lawan serta tindakan pengadil tidak melayangkan kad kuning kepada pemain JDT.
"Mutu pengadilan ini sudah lama jadi isu.
"FAM dan MFL kena ambil tindakan sewajarnya.
"Sepatutnya pihak pengurusan TFC buat bantahan tentang isu ini dan kami sebagai kelab penyokong akan beri sokongan sepenuhnya berhubung tindakan tersebut.
"Walau buat bantahan pun, keputusan (kemenangan) tidak boleh diubah tetapi sekurang-kurangnya ada tindakan daripada pihak TFC sendiri untuk pastikan masalah ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Hafizul berkata, dia memberi pujian kepada semangat pemain TFC yang melakukan aksi terbaik meskipun berhadapan cabaran termasuk keadaan padang yang rosak dan cuaca hujan.
"Kita sokong dan puji pemain yang lakukan sehabis mungkin untuk menang.
"Kalau kita rasa keadaan padang pun dah berat (sukar) tapi bila tengok tindakan pengadil pada perlawanan malam tadi lagilah berat (mencabar)," ulasnya.
Sementara itu, seorang penyokong, Mohamad Faizal Gazali, 35, turut mempersoalkan tindakan Logeswaran sebagai pengadil yang dilihat berat sebelah apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT meskipun telah melakukan terjahan kasar kepada pemain TFC.
"Mutu pengadilan itu sangat berat sebelah.
"Sudahlah keadaan padang pun berlopak dan rosak, mutu pengadilan tu biarlah memuaskan.
"Saya harap selepas ini untuk mana-mana perlawanan piala bola sepak akan datang, kalau boleh ambil pengadil yang betul-betul berkualiti dan tidak bias.
"Nak ambil pengadil dari luar pun tak apa asalkan mutu pengadilan itu bagus," ulasnya.
Seorang lagi penyokong, Mazuki Muhamad, 45, berkata, dia menerima kekalahan tersebut, namun mengharapkan supaya pengurusan TFC melakukan bantahan untuk menegakkan keadilan bagi memastikan insiden sedemikian tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
"Ini final Piala Malaysia bukan liga peringkat kampung.
"Jadi jika tiada bantahan maka perkara ini tidak akan pernah selesai dan akan berulang lagi pada masa akan datang.
"Bagaimanapun, saya amat bangga dengan pasukan TFC kerana pamerkan semangat juang dan saingan hebat pada pasukan lawan meskipun perlu berhadapan mutu pengadilan berat sebelah," jelasnya.
Pada Jumaat, JDT berjaya memastikan Piala Malaysia kekal di bumi Johor selepas menewaskan TFC 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan itu menyaksikan JDT meletakkan penanda aras baharu apabila menjadi pasukan pertama memenangi empat piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.-Sinar Harian
Stadium Astro
Sat Dec 09 2023
![Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2023/12-dec/9/409015850_375840464837943_8365852706860190638_n.jpg?ext=.jpg)
![Liga Super: Hatrik Bergson da Silva pacu kemenangan JDT tewaskan Terengganu Liga Super: Hatrik Bergson da Silva pacu kemenangan JDT tewaskan Terengganu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/26/bergson.jpg?ext=.jpg)
Liga Super: Hatrik Bergson da Silva pacu kemenangan JDT tewaskan Terengganu
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan dalam saingan minggu keenam Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Terengganu 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
![SUKMA 2024: Faez Alias optimis Wilayah Persekutuan mampu beri cabaran pada Selangor, Penang SUKMA 2024: Faez Alias optimis Wilayah Persekutuan mampu beri cabaran pada Selangor, Penang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/26/kl-city.jpg?ext=.jpg)
SUKMA 2024: Faez Alias optimis Wilayah Persekutuan mampu beri cabaran pada Selangor, Penang
Berada dalam Kumpulan B bersama Penang dan Selangor, skuad sukma Wilayah Persekutuan sedar dengan keperluan mereka untuk tidak terlalu akur dengan kelebihan skuad Osmera Omaro.
![Liga Super: Hakim Hassan positif tiada yang mustahil berdepan JDT Liga Super: Hakim Hassan positif tiada yang mustahil berdepan JDT](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/26/hakim-hassan.jpg?ext=.jpg)
Liga Super: Hakim Hassan positif tiada yang mustahil berdepan JDT
Tonggak tengah Terengganu, Nor Hakim Hassan, memberikan jaminan akan melakukan segala yang termampu seandainya disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad peteh bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
![Liga Super: Hector Bidoglio mahu pemain JDT pamer aksi terbaik Liga Super: Hector Bidoglio mahu pemain JDT pamer aksi terbaik](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/hector.jpg?ext=.jpg)
Liga Super: Hector Bidoglio mahu pemain JDT pamer aksi terbaik
Kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT), diharap dapat memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Terengganu FC bagi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat.
![Liga Super: Sabah kembali ke landasan kemenangan atasi Negeri Sembilan Liga Super: Sabah kembali ke landasan kemenangan atasi Negeri Sembilan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/sabah-ns.jpg?ext=.jpg)
Liga Super: Sabah kembali ke landasan kemenangan atasi Negeri Sembilan
Sabah kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.
![Separuh masa Liga Super: Sabah dahului Negeri Sembilan di Likas Separuh masa Liga Super: Sabah dahului Negeri Sembilan di Likas](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/sabah-fc_1.jpg?ext=.jpg)
Separuh masa Liga Super: Sabah dahului Negeri Sembilan di Likas
Sabah mendahului Negeri Sembilan 1-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Likas ketika ini.
![LWN: Kelana United janji jaga sebaiknya dua pemain Sukma sebelum serahkan kepada skuad negeri LWN: Kelana United janji jaga sebaiknya dua pemain Sukma sebelum serahkan kepada skuad negeri](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/fairuz-montana-kelana-united.jpg?ext=.jpg)
LWN: Kelana United janji jaga sebaiknya dua pemain Sukma sebelum serahkan kepada skuad negeri
Ketua jurulatih Kelana United, Fairuz Montana, berjanji akan memastikan dua pemain Sukma dalam pasukannya kekal dalam kondisi terbaik sebelum melepaskan mereka ke Sarawak.
![Semangat patriotisme berjuang untuk negara, saya tidak dapat -- Kim Pan-gon Semangat patriotisme berjuang untuk negara, saya tidak dapat -- Kim Pan-gon](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/pan-gon.jpg?ext=.jpg)
Semangat patriotisme berjuang untuk negara, saya tidak dapat -- Kim Pan-gon
Bekas jurulatih negara, Kim Pan-gon, pulang ke pangkuan keluarga nya di Hong Kong hari ini pulang dengan ada rasa sebal di dada walaupun meninggalkan legasi bernilai dalam sejarah bola sepak moden tanah air.
![Liga Super: KL City sedia beri kerjasama kepada FIB, MFL, FAM Liga Super: KL City sedia beri kerjasama kepada FIB, MFL, FAM](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/mfl.jpg?ext=.jpg)
Liga Super: KL City sedia beri kerjasama kepada FIB, MFL, FAM
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memberikan dana berkala selain sebuah syarikat swasta terkemuka yang bersetuju untuk menyalurkan dana satu juta sebulan sepanjang musim ini.
![Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan, bangkit ikat Thailand Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan, bangkit ikat Thailand](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/07-jul/25/u-19-harimau-muda.jpg?ext=.jpg)
Kejohanan ASEAN AFF B-19: Malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan, bangkit ikat Thailand
Skuad muda negara layak ke separuh akhir Kejohanan ASEAN AFF B-19 selaku juara kumpulan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Thailand 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya sebentar tadi.
![Sessegnon rejoins boyhood club Fulham after Tottenham departure Sessegnon rejoins boyhood club Fulham after Tottenham departure](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/sessegnon_1gnpsewln1syu1f9vhyjk7p0ha.jpg)
Sessegnon rejoins boyhood club Fulham after Tottenham departure
Five years after leaving Fulham to join Tottenham, Ryan Sessegnon has made a return to Craven Cottage.
![Paris get Olympic Games under way with stylish opening ceremony Paris get Olympic Games under way with stylish opening ceremony](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/olympic-flame_ckfyewyu2ymg1san7mtxsd6nj.jpg)
Paris get Olympic Games under way with stylish opening ceremony
The 2024 Olympic Games kicked off with a sprawling opening ceremony showing off the best of Paris during the celebration.
![Norris 'not comfortable' despite setting pace in Belgium practice Norris 'not comfortable' despite setting pace in Belgium practice](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/norris_118ajztcvi92fzjz2towg9rns.jpg)
Norris 'not comfortable' despite setting pace in Belgium practice
McLaren finished one and two in Friday's second practice, but Lando Norris is still looking for improvements before Saturday's qualifying.
![Dewsbury-Hall: Maresca will surprise people at Chelsea Dewsbury-Hall: Maresca will surprise people at Chelsea](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/dewsbury-hall_wcn74uva2dv710ujo4vcpmpqy.jpg)
Dewsbury-Hall: Maresca will surprise people at Chelsea
Kiernan Dewsbury-Hall followed Enzo Maresca to Chelsea, and he is confident the Blues can mount a challenge this year.
![ECB chief insists no decision made on Mott future ECB chief insists no decision made on Mott future](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/matthew-mott_1jx2xg5qsxa441w7wcs1kr6sc3.jpg)
ECB chief insists no decision made on Mott future
ECB chief: No decision on Mott
![Ederson slams reports of rift with Man City backup Ortega Ederson slams reports of rift with Man City backup Ortega](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/ederson-and-stefan-ortega_1ggwuioac64b51k2t6rf3kq91e.jpg)
Ederson slams reports of rift with Man City backup Ortega
Ederson insists no rift with Ortega
![Slot's Liverpool success will be measured by trophies, says McAllister Slot's Liverpool success will be measured by trophies, says McAllister](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/slot_ng8o5hm6v0ei1ggkn5b6aaioo.jpg)
Slot's Liverpool success will be measured by trophies, says McAllister
Slot success measured by trophies
![Nurnberg 3-0 Juventus: Motta's men thrashed in first pre-season friendly Nurnberg 3-0 Juventus: Motta's men thrashed in first pre-season friendly](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/dusan-vlahovic_gh596a0ijgf41qic47f1tb6hg.jpg)
Nurnberg 3-0 Juventus: Motta's men thrashed in first pre-season friendly
Substitute Dusan Vlahovic missed a penalty as Juventus lost their first pre-season friendly versus Nurnberg by a 3-0 scoreline.
![Jones 'happiest he's ever been' at Liverpool under Slot Jones 'happiest he's ever been' at Liverpool under Slot](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/jones_gbq9q5klb3bd1pz2hk7ptcrod.jpg)
Jones 'happiest he's ever been' at Liverpool under Slot
Arne Slot's tenure at Liverpool is under way, and Curtis Jones feels the new manager's tactics will suit him as he aims to become a starter.
![England lose late wickets to leave third Test versus West Indies in the balance England lose late wickets to leave third Test versus West Indies in the balance](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/perform-article/2024/jul/27/jayden-seales_1hdwzbxhhgogc1vjces5lukfmj.jpg)
England lose late wickets to leave third Test versus West Indies in the balance
England bowled West Indies out for 282 at Edgbaston on Friday, but three late wickets – two for Jayden Seales – saw the momentum switch.