Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kembali memperkenalkan penyaluran peruntukkan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang terpilih demi kepentingan semua pihak untuk membelanjakan dana buat atlet program podium dan pelapis kebangsaan.

19 persatuan sukan yang dipilih menandatangani perjanjian antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan inisiatif untuk memperkukuhkan tatakelola pengurusan selain menuntut pengurusan yang tebih terancang.

"Sistem ini lebih baik daripada sistem penunggu (yang diamalkan sebelum ini).

"Proses untuk atlet karate misalnya memerlukan tindakan sebulan lebih awal. Jadi kami tidak berani hantar ramai atlet kerana tiada keputusan daripada MSN.

"Kami sudah menerima dana fasa pertama sebanyak RM350,000 dan telah digunakan.

"Mungkin dana akan diberikan setiap tiga bulan," kata presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad.



Kesemua persatuan sukan perlu mematuhi syarat ditetapkan KBS antaranya mewujudkan akaun kedua bagi penerimaan kewangan daripada MSN dan memudahkan untuk proses juruaudit yang dilantik MSN kelak.

"Kami dapat geran lebih awal terutama tiket penerbangan yang memerlukan kami membayar terlebih dahulu.

"Kami selalu lambat terima sumbangan tetapi saya berasakan terdapat pembaharuan daripada segi pengurusan dan kami akan berikan kerjasama penuh selepas setuju dengan pendekatan baru ini, maka barulah kami bersetuju dengan kontraknya, " Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt.