Pemain profesional negara, Vivian Hoo bakal bersara?

Najmi Iman
October 28, 2024 19:04 MYT
Ekoran usia yang semakin meningkat dan juga faktor prestasi semasa, pemain beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo, bakal meninggalkan arena badminton menjelang tahun depan.
Vivian berhasrat menggantung raket sejurus selepas berakhirnya Kejohanan Terbuka Malaysia 2025, Januari depan.
Bagaimanapun, Vivian tidak menjelaskan hala tuju sebenarnya selepas mengumumkan persaraan kelak dengan dia sedang berkira-kira untuk membuka akademi badminton sendiri.

Beregu wanita profesional kebangsaan, Vivian Hoo gantung raket (bersara) selepas Terbuka Malaysia 2025 Januari depan? Laporan penuh Nadi Arena mlm ni. @ASTROARENA pic.twitter.com/JGImMUAnuq

— Faizal Bazari (@faizalbazario) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sememangnya saya sangat menikmati masa bermain badminton walaupun secara profesional selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Saya rasa sudah sampai masa saya memikirkan perkara baru pada masa hadapan.
"Saya merancang untuk membuka sebuah akademi badminton dan sedang membuat persiapan mengenainya," katanya.
Sementara itu, Vivian turut menghormati pilihan Rosmaz Razak yang akan kembali ke pangkuan (BAM) meskipun mengakui kehilangannya sangat dirasai oleh sektor profesional negara.
sot: vivian hoo/ beregu wanita profesional negara
"Semestinya memberi kesan kepada kami kerana dia sudah lama bersama kami kerana dia sangat memahami mengetahui segala strategi dan taktik.
"Saya menghormati keputusannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada dia," luahnya.
#badminton #Vivian Hoo
;