Pelatih AMD cuba nasib di kelab liga utama Jepun
Najmi Iman
October 28, 2024 01:51 MYT
October 28, 2024 01:51 MYT
Irfan Aswad Roslan, seorang pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 dipilih menjalani sesi percubaan untuk diserap masuk dalam sebuah kelab liga utama Jepun (J1).
Shonan Belmare menunjukkan minat terhadap pemain muda tersebut dan bakal menilai keupayaannya dalam satu latihan bermula 28 sehingga 11 November ini.
Sekiranya proses tersebut berjalan lancar, Irfan Aswad akan berkelana di bumi Matahari Terbit itu untuk meneruskan kariernya sebagai permata baru bintang bola sepak negara.
Irfan berpeluang mengikuti jejak langkah penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin, yang menyertai Yokohama Sports serta Muhammad Abu Khalil yang mewakili FC Osaka, ketika ini.
Sebelum ini, tonggak PDRM, Hadi Fayyadh juga pernah melebarkan sayap di Jepun bersama Fagiano Okayama pada 2023.