Pelabur Arab Saudi dekati Inter Milan

Shaiful Shamsudin
April 13, 2024 07:13 MYT
Gergasi Serie A, Inter Milan, menarik perhatian pelabur berpotensi dari Arab Saudi.
Pemilik semasa, Suning, pernah mengakui terbuka untuk menyambut pemegang saham minoriti, bukannya tidak mencari pengambilalihan sepenuhnya.
Laporan akhbar tempatan, la Repubblica, mendedahkan sebuah keluarga Arab Saudi telah menunjukkan minat tetapi bukanlah terdiri daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) negara berkenaan sebagaimana yang berlaku di Newcastle United.
Masa semakin suntuk untuk Suning dan keluarga Zhang sama ada mahu mencari pelabur baru atau berunding mengenai syarat baru untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sebanyak €375 juta (RM1.9 bilion) kepada dana pelaburan Amerika Syarikat, Oaktree, termasuk faedahnya.
Mereka dijadual perlu mula melunaskan pinjaman -- yang dibuat pada 2021 itu berikutan penularan COVID-19 -- bermula 20 Mei depan.

Da lì non si passa ⛔#ForzaInter pic.twitter.com/w8hREaLoIX

— Inter (@Inter) April 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Serie A #Inter