Paris 2024: Terbang ke Paris dengan paluan kompang, pakaian tradisional demi #KitasemuaTeamMAS

Najmi Iman
August 2, 2024 22:00 MYT
Seiring pasukan Malaysia membawa misi membutirkan pingat emas pertama dalam sejarah, peminat tempatan juga tidak mahu melepaskan peluang datang dari Tanah Air untuk menyatakan sokongan penuh kepada atlet kebangsaan dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Usaha murni dua penyokong fanatik badminton iaitu Chao Khai Yuen (AhJo) dan Yap Ken Vun (AhVun) itu telah mengeluarkan sendiri wang sebanyak RM15,000 seorang untuk terbang ke Kota Cinta demi menyuntik semangat dan motivasi buat pemain negara.

Paris 2024 : Seluruh penyokong setia Malaysia dari seluruh pelusuk dunia bergabung beri sokongan tidak berbelah bahagi buat atlit negara di Paris ❤#GoForGold #SokongMalaysia #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/Gi1sV4fhb6

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut temu bual wartawan Astro Arena, Fariha Razak, dua peminat berkenaan hadir di Arena Porte de La Chapelle dengan paluan kompang selain melaungkan jeritan Malaysia dalam setiap aksi negara.
Lebih menarik, salah seorang daripada mereka mengenakan pakaian tradisional Kadazan Dusun kerana mahu memperkenalkan budaya negeri Sabah di mata dunia terutamanya di bumi Paris.
Perjalanan jauh beribu-batu itu semestinya menggamit pengalaman berharga selain meluahkan perasaan yang menggembirakan.
#KBS #Kementerian Belia dan Sukan #Sukan Olimpik Paris 2024 #KitaSemuaTeamMas