Paris 2024: Stephen Curry bintangi AS ke final singkir Serbia
August 9, 2024 09:42 MYT
Amerika Syarikat (AS) melancarkan kebangkitan semula yang mendebarkan untuk mara ke perlawanan penentuan pingat emas bola keranjang Sukan Olimpik Paris 2024 berbekalkan kemenangan 95-91 ke atas Serbia dengan Stephen Curry membintangi yang menyumbangkan 36 mata.
Pasukan AS -- yang mendominasi emas dalam empat edisi terakhir Sukan Olimpik -– nampaknya seperti akan terlepas perlawanan akhir, Ahad esok, memandangkan Serbia memasuki suku keempat dengan kelebihan 13 mata.
PEmain Paling Bernilai (MVP) NBA, Nikola Jokic, merekodkan 17 mata dan 11 bantuan jaringan buat Serbia yang mendahului sebanyak 17 mata di satu peringkat separuh masa pertama.
Bogdan Bogdanovic pula memperoleh 20 mata untuk Serbia sementara Aleksa Avramovic 15 mata, namun Serbia tidak mampu bertahan dan memadam kekalahan 84-110 kepada AS di peringkat kumpulan.
Bintang Golden State Warriors, Curry, kemudian mempamerkan keupayaannya menggerakkan jentera serangan AS sebelum LeBron James mengikat kedudukan 84-84 ketika permainan berbaki kurang empat minit.
AS dipaksa bertahan untuk tempoh yang lama tetapi akhirnya mula mengatur permainan dalam suku keempat, dan Ognjen Dobric yang meletakkan Serbia dalam pendahuluan 86-84 terbukti terbukti menjadi titik tolak kepada kebangkitan juara bertahan itu.
Name a more iconic duo. ?? #USABMNT #Paris2024 #Basketball pic.twitter.com/XWxYo3YE0e
— USA Basketball (@usabasketball) August 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Curry meletakkan AS di hadapan menerusi jaringan tiga mata selepas menerima hantaran James ketika berbaki dua minit dan 24 saat, sebelum semakin mencengkam permainan.
Serbia merapatkan defisit jaringan kepada dua mata pada minit-minit akhir, namun dua lontaran percuma Curry memastikan kemenangan AS ketika menuju lapan saat waktu penamat.
Justeru, AS akan berdepan tuan rumah, Perancis -– diketuai oleh Pemain Muda Terbaik NBA, Victor Wembanyama -– dalam perebutan pingat emas, manakala Serbia menentang Jerman untuk gangsa.