Paris 2024: Saya sudah bersedia 100 peratus -- Azeem Fahmi
Ammar Hakim
July 31, 2024 18:32 MYT
July 31, 2024 18:32 MYT
Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi, yang ditemui ketika sesi latihan ketiganya berada dalam keadaan yang baik terutamanya daripada segi mental dan mahu kekal fokus berbaki tiga hari lagi sebelum turun beraksi pada 3 Ogos.
Atlet berusia 20 tahun itu turut berkongsi bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak, bahawa dia tidak mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dan lariannya di tempat baru
Pemenang pingat gangsa Hangzhou itu juga berasa teruja apabila dapat berlatih dalam persekitaran yang penuh dengan atlet berkelas dunia.