Paris 2024: Ken Harden sedia bantu Azeem Fahmi capai masa terbaik

Najmi Iman
July 29, 2024 21:12 MYT
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, Azeem Fahmi, secara rasminya kembali bersatu bersama jurulatihnya dari Amerika Syarikat, Ken Harden, sejurus tiba di Paris bagi membawa cabaran sebagai atlet olahraga tunggal di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam masa sama, Ken Harden juga bertanggungjawab menjadi individu penting untuk membimbing atlet berusia 20 tahun itu ketika sedang menuntut di Universiti Auburn, AS.

Azeem Fahmi kembali bersatu bersama jurulatihnya Ken Harden selepas mendarat di Paris pada Isnin! ??#SukanOlimpik #Paris2024 #KtaSemuaTeamMAS #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/qbiLermB5l

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Atlet kelahiran Teluk Intan itu mempunyai lima hari untuk menyesuaikan diri bagi mengadaptasi perbezaan masa dan persekitaran di Perancis sebelum beraksi di pusingan awal kelayakan acara 100m di Stade de France, 3 Ogos ini.
"Saya sangat teruja apabila sudah sampai di Paris dan terus melakukan latihan ringan selain saya juga tidak mempunyai masalah akan perjalanan yang mengambil lama kerana saya sudah terbiasa dengan perkara sebegini," katanya.
Azeem mensasarkan untuk melakukan catatan masa musim terbaik dengan melakukan larian pantas daripada 10.36s tatkala memegang rekod kebangsaan 10.9 saat.
#Olahraga #100m #Sukan Olimpik Paris 2024 #Azeem Fahmi #Ken Harden
;