Paris 2024: Kehidupan Arshad penuh kedaifan sebelum tuai emas di Olimpik

King Hisyam
August 9, 2024 18:04 MYT
Selepas menggemparkan ramai pihak pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dengan rejaman lembing yang meleburkan rekod kejohanan, atlet merejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem, berkongsi kisah yang amat
menyentuh hati disebalik kejayaan pingat emasnya itu.
Menurut Arshad laluan perjalanan hidupnya bukanlah mudah dan perlu ditempuh dengan pelbagai onak dan liku.
Jelasnya dia tidak semewah atlet lain yang mungkin ada kehidupan yang lebih selesa dan kondusif, sebaliknya kehidupan dia dan keluarnganya Pakistan penuh dengan segala kemiskinan sedari usinya masih kecil lagi.
Kebanyakan hari yang perlu dilalui keluarganya adalah dengan menahan kelaparan akibat tiada makanan yang mencukupi dan perlu melakukan pelbagai aktiviti pekerjaan demi kelangsungan hidup.
Menjelaskan lagi ranjau kehidupan keluarganya bersama media Arshad mengakui pada peringkat awal pembabitanya dalam dunia sukan, dia juga sebenarnya tidak mampu membeli lembing sukan untuk dirinya walaupun ia adalah sukan yang sangat dia minati.
Namun hari ini kejayaan yang dikecapai diharapkan tidak hanya mampu membanggakan seluruh rakyat Pakistan bahkan mampu mengubah kehidupan keluarganya menjadi lebih selesa dan senang.
Pada acara merejam lembing di Paris 2024 Arshad melakukan satu rejaman luar biasa apabila lembingnya itu mampu mencecah jarak 92.77 meter yang memecahkan rekod Olimpik sebelum ini sekaligus menghadiahkanya pingat emas pertama Pakistan dalam acara olahraga.
Sebelum ini rekod paling jauh pernah dilakukan adalah 90.57 meter dan ia kekal selama 16 tahun tanpa ada mana-mana atlet mampu meleburkanya.
Pakistan sebelum ini pernah merangkul pingat emas sukan olimpik namun ia hadir menerusi acara hoki dan kejayaan Arshad merupakan satu tinta baharu dalam sejarah sukan Pakistan.

Believe it, Nadeem. You just became Pakistan's first ever athletics Olympic champion. ??? pic.twitter.com/Xiqi2ttCsl

— The Olympic Games (@Olympics) August 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Pakistan #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024