Pelari pecut negara, Azeem Fahmi, menjadikan penampilan pertamanya dalam Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai pengajaran untuk memperbaiki segala kelemahan demi menjadi atlit terbaik negara.

Azeem juga berkongsi peluang dapat beraksi di temasya sukan paling berprestij itu adalah di luar jangkaan dan sasarannya sejak mula menceburi sukan olahraga namun tetap bersyukur atas pengalaman dapat bersaing di pentas dunia.

Kini, fokusnya teralih kepada memberi tumpuan terhadap pelbagai kejohanan universiti yang disertainya bermula musim depan sebaik sahaja pulang ke Amerika Syarikat dalam masa terdekat.



"Secara jujurnya saya tidak menjangkakan dapat beraksi di Olimpik kerana bila saya bermula dalam sukan ini kerana tujuan pada awalnya adalah untuk menjadi antara yang terpantas dalam Malaysia.

"Untuk berlari di Olimpik, ia adalah impian buat semua atlet sukan dunia. Ia satu pengalaman yang berharga yang saya takkan dapat lupakan." Katanya.