Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan misi Malaysia untuk membutirkan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berjaya dan memandang ke hadapan bagi membuat persiapan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Kontinjen negara menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 dengan dua pingat gangsa.

Dengan misi meraih pingat emas tidak dicapai, ini kata-kata Hannah:

"Saya tidak menggunakan perkataan gagal (raih pingat emas), tetapi masih belum berjaya.

"Program Road to Gold hanya dilancar satu tahun setengah yang lalu dan ia adalah untuk dua edisi Sukan Olimpik iaitu Paris 2024 dan LA 2028."

Hannah ditemui wartawan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Paris sebentar tadi.