Paris 2024: Dapatkan rehat yang cukup, pesanan Nicol David buat semua atlet

Zaki Zainal
July 26, 2024 19:48 MYT
Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menitip pesanan kepada barisan atlet negara yang akan turun berjuang dalam acara masing-masing pada temasya Paris 2024, dan berharap semua daripadanya mendapatkan rehat yang cukup.
Nicol yang juga Timbalan Chef De Mission turut berkongsi keterujaan tatkala skuasy akan dipertandingkan di Olimpik Los Angeles 2028.
"Sangat terbaik di sini, saya teruja untuk melihat dan meyokong semua atlet negara di sini dan saya sangat berbangga kerana dapat menjadi salah seorang orang penting menerajui kontijen Olimpik negara.

"Getting enough rest and recovery" Timbalan CDM Datuk Nicol David titip pesanan kepada atlet negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024. #KitaSemuaTeamMAS@ASTROARENA pic.twitter.com/JnGTgQtCPO

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini adalah kali pertama saya dan bagi saya segalanya sangat mengujakan.
"Perkampungan atlet sangat terbaik , lihat sahaja para atlet yang terlibat, negara yang hadir. Pelbagai wajah, gaya bahasa yang saya dapat lihat dan pastinya banyak mendapat rakan-rakan baru di sini.
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang bertanya kepada Nicol Ann David mengenai motivasi dan persiapan atlet, Nicol memaklumkan semuanya berada dalam keadaan lancar sahaja.
"Mereka semua berada dalam keadaan baik, saya sudah pergi ke lapangan memanah.
"Pasukan wanita negara sudah buat yang terbaik pada peringkat kelayakan dan yang paling penting sekarang adalah kembali dapatkan rehat yang cukup dan tenang dalam setiap sukan yang disertai.
"Mereka sangat rapi dalam lakukan persediaan telah pergi ke Korea sebelum ini. Saya rasa dengan lakukan persiapan itu sangat positif untuk persiapan dan dibawa ke pertandingan nanti. Saya doakan yang terbaik buat mereka.
"Kepada semua rakyat Malaysia di luar sana teruskan menyokong pasukan negara kerana mereka sudah lakukan yang terbaik buat pasukan negara terutamanya untuk beraksi di Olimpik.
"Mereka akan lakukan yang terbaik, anda hanya perlu teruskan sokongan dan berikan aura positif kepada semua atlet.
#Nicol Ann David #Paris 2024
;