Paris 2024: Ashley Lau terlepas peluang sertai 10 kelompok terbaik dalam hari kedua

Saufi Tahir
August 8, 2024 00:40 MYT
Pemain golf profesional wanita negara Ashley Lau, terlepas peluang untuk menyertai kelompok 10 terbaik selepas tamat hari kedua di Lapangan Le Golf National saingan Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Sebaliknya, pemain kelahiran Bintulu, Sarawak itu tampak tergelincir ke kedudukan pertengahan berbanding di tempat ke-13 dalam pusingan pertama pada Rabu lalu.

?????????? ?? ?????? - ??????? ????? ????? ???? Ashley Lau Jen Wen began her Olympic journey with a strong performance, finishing in T13 in the women's individual stroke play round 1 after an even par 72. She is set to continue with round 2… pic.twitter.com/HdgHZ2JEdX

— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) August 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penampilan pertama pemain berusia 24 tahun itu dalam temasya Sukan Olimpik mempunyai baki dua hari lagi serta berpeluang untuk menempatkan diri dalam kedudukan yang lebih baik.
"Amat mengecewakan dalam pusingan kali ini, mungkin kerana saya tidak berasa sihat tetapi itu bukanlah alasan.

Bukan hari Ashley.. double bogeys lubang terakhir jejas kedudukan Ashley Lau tamat hari kedua. 2 more days. ??‍♀️??#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/oHXMACUzUu

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia bukan penamat yang saya mahukan dan masih ada baki dua hari lagi untuk bersaing dan saya berharap ia akan menjadi lebih baik." Katanya kepada Nadi Arena.
#Golf #Paris 2024 #Ashley Lau