Paris 2024: Ashley guna peluang sesuaikan diri di venue kejohanan

Ammar Hakim
July 31, 2024 20:22 MYT
Acara golf wanita di pentas Sukan Olimpik Paris bakal bermula pada 7 Ogos ini, bagi pemain wanita negara, Ashley Lau tiba lebih awal di kota Paris bagi mengesuaikan diri dengan persekitaran serta vanue pertandingan.
Buat waktu ini, tiada sebarang tekanan terhadap dirinya malah kesempatan yang ada, Ashley akan terus berlatih di Le Golf National yang merupakan vanue pertandingan nanti.
Ashley akan membuat penampilan sulungnya di pentas Sukan Olimpik selepas menduduki tempat ke-50 ranking golf Olimpik dalam kategori wanita.
#Golf #Paris 2024 #Ashley Lau #Sukan Paris 2024