Paralimpik Paris 2024: Ziyad Zolkefli puas hati tamatkan saingan dengan pingat perak

Muzaffar Musa
September 3, 2024 07:52 MYT
Ziyad Zolkefli berpuas hati apabila menamatkan saingan lontar peluru F20, Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan pingat perak di Stade de France awal pagi tadi.
Keputusan itu juga menyaksikan atlet kelahiran Selangor itu menebus kehampaan apabila dibatalkan penyertaan dalam edisi Tokyo 2020.
Dalam saingan kali ini, Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 17.18m dalam percubaan ketiganya untuk muncul peserta kedua terbaik.
Wakil Ukraine, Oleksandr Yurovyi, muncul pemenang pingat emas dengan memecahkan rekod dunia dan rekod Paralimpik dengan lontaran sejauh 17.61m.
Penyandang pingat emas, Maksym Koval, yang juga dari Ukraine, pula menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 16.99m.
"Akhirnya saya buktikan saya tiada masalah disiplin. Tidur saya tidak terganggu lagi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, sebaik tamat acaranya.
Sebagai rekod, Ziyad dibatalkan penyertaan dalam edisi Tokyo 2020 kerana terlewat mendaftarkan diri di bilik menunggu, sekali gus menyaksikan pingat emas dan lontaran rekod dunia, 17.94m, yang dilakukannya tidak diiktiraf.

Awwwww so sweet of you Ziyad ??? Paralimpik. ‘The Smilling Giant’ ?? proud of you, #LA28 next ? ⁦⁦@ASTROARENA#KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/bGzFdVIlrO

— karlnunis (@_karlnunis) September 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ziyad Zolkefli #Olahraga para #Sukan Paralimpik #Paralimpik Paris 2024
;