Paralimpik Paris 2024: Wakil Indonesia sekat hajat Fareez Anuar sumbang gangsa

Saufi Tahir
September 2, 2024 02:34 MYT
Fareez Anuar terpaka akur apabila usahanya untuk menyumbangkan pingat ketiga negara disekat wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi, dalam aksi penentuan pingat gangsa perseorangan lelaki SU5 di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Dalam penampilan sulungnya di temasya itu, dia melakar kemenangan 21-17 terlebih dahulu dalam set pertama sebelum wakil Indonesia yang merupakan pemenang pingat perak dalam edisi Tokyo 2020 mengherat Fareez ke set penentuan selepas menang 19-21.

???TERKINI !!!“Saya ralat, terlalu inginkan gangsa sehingga permainan saya tidak menjadi”- Fareez Anuar, Paris 2024 -Malaysia, sila HADIR beri sokongan moral buat Fareez ‘The Giant Killer’ Anuar ??@ASTROARENA pic.twitter.com/LghqTvXXMQ

— karlnunis (@_karlnunis) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, dengan corak serangan yang lebih baik pemain berpengalaman itu menewaskan wakil negara 12-21 untuk membawa pulang pingat gangsa.
Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 semestinya dia bakal tampil dengan aksi lebih baik memandangkan pemain di kedudukan nombor empat dunia itu bakal meneruskan legasi pemenang pingat emas, Cheah Liek Hou, nanti.
#badminton #Paralimpik #Sukan Paralimpik Paris 2024 #Fareez Anuar #Cheah Liek Hao