Paralimpik Paris 2024: Tiada saingan kompetitif tidak jejas persiapan skuad memanah para negara
Najmi Iman
August 14, 2024 20:07 MYT
August 14, 2024 20:07 MYT
Jurulatih skuad memanah para negara, Marzuki Zakaria, menyifatkan hampir 90 peratus persiapan pasukan telah dilakukan meskipun kekurangan saingan kompetitif.
"Walaupun kami tidak dapat menyertai beberapa kejohanan namun, inisiatif yang saya ambil ialah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Sukma negeri seperti Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan," katanya.
Marzuki tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi buat anak-anak buahnya kerana tidak mahu memberi tekanan kepada mereka.
Pengendali tersebut sekadar bersikap realistik walaupun seorang daripada pemainnya, S-Suresh, pernah bergelar juara dunia pada 2019.
"Saya mahu melihat Suresh memperbaiki penampilannya untuk dia melangkah jauh meskipun tidak mahu meletakkan bebanan sasaran terhadapnya," tambahnya.