Pengalaman beraksi dengan sorakan padu penonton di Paris La Defense Arena di sini membuatkan perenang para negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli gemuruh ketika beraksi di pentas final acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) semalam.
Pada saingan Sukan Paralimpik Paris 2024, Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 16.60 saat (s).
Di sebalik perasaan gemuruh dialaminya, perenang berusia 29 tahun itu berkata beliau tetap menikmati pengalaman baharu diraihnya berbanding aksi tanpa penonton di Pusat Akuatik Tokyo ketika penampilan sulung pada Sukan Paralimpik 2020.
"Saya puas hati dengan saringan pagi tadi dan petang ini tapi saya tak pernah rasa pengalaman beraksi di depan penonton ramai.
"Dengar tepukan penonton buat saya "double triple' gemuruh. Saya lihat suasana (dalam venue) sangat luar biasa, malah saringan pun ramai," katanya kepada pemberita di zon campuran.
Catatan masa dilakar Nur Syaiful di peringkat akhir lebih baik berbanding catatan masa 1:16.82s pada saringan kedua.
Perenang Ukraine Oleksandr Komarov mencipta sensasi apabila bukan sahaja merangkul emas menerusi catatan 1:07.77s malah memecahkan rekod temasya selama 12 tahun dipegang jaguh Brazil, Daniel De Faria Dias (1:08.39s) pada edisi London 2012.
Pingat perak disambar wakil China, Guo Jincheng selepas merekodkan 1:08.22s yang juga rekod baharu Asia manakala gangsa diraih Atlet Paralimpik Neutral, Kirill Pulver (1:09.41s).
Dalam pada itu, Nur Syaiful berkata beliau sudah mula menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan yang meriah di sini.
Beliau yang mengalami kecacatan di bahagian kaki sehingga lumpuh setengah badan susulan kemalangan ketika berusia 17 tahun berharap dapat mengawal perasaan gemuruhnya dalam baki lagi dua acara selepas ini iaitu 100m kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) pada Isnin ini diikuti 50m gaya bebas lelaki S5, Khamis depan.
Pada Khamis, atlet berasal dari Sarawak itu bermula goyah apabila terkandas di peringkat saringan selepas menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan menerusi catatan 2:52.67s dalam saringan 200m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), sekali gus gagal ke final.
Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dibuka secara rasmi pada Rabu akan berakhir 8 September ini.-Awani
Stadium Astro
Sat Aug 31 2024
Angkat Berat Komanwel 2024: Aznil Bidin raih emas kategori 67kg
Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin, meraih satu lagi pingat emas buat kontinjen negara apabila mengungguli kategori 67 kilogram (kg) Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji.
Siaran Langsung MSSM Akuatik Hari Ketiga: Saksikan secara langsung di Stadium Astro!
Strim aksi MSSM Akuatik menerusi Stadium Astro!
TERKINI Terbuka Hong Kong: Tumbangkan pilihan utama, Pearly-Thinaah sekali lagi ke pentas final
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mempamerkan aksi penuh dramatik sebelum membawa cabaran Malaysia ke pentas Terbuka Hong Kong di Kowloon, sebentar tadi.
[Video] Bumbung Stadium Shah Alam diruntuhkan
Usai 30 tahun berdiri teguh, kini Stadium Shah Alam diruntuhkan bagi melewati fasa baru.
Terbuka Hong Kong: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir
Juara Terbuka Korea, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengikuti jejak beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong pada Jumaat.
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berjaya mengatasi tentangan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon sebentar tadi.
Paralimpik Paris 2024: Bukan kegagalan teruk kontinjen Malaysia -- Pemerhati
Misi tidak kesampaian kontinjen Malaysia untuk membawa pulang empat pingat emas seperti yang disasarkan pada Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak seharusnya dilabel sebagai satu kegagalan yang teruk.
Pestabola Merdeka 2024: Mehdi Khalil tidak anggap Malaysia pasukan lebih baik berbanding Lubnan
Penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil, tampak menolak untuk menerima hakikat bahawa skuad Harimau Malaya lebih hebat berbanding pasukannya.
ACT 2024: Malaysia tunduk kepada China di laman sendiri
Malaysia tunduk kepada China 4 berbalas 2 dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia.
Paralimpik Paris 2024: Lee Chong Wei beri 'Tabik Spring' kepada kontinjen para negara
Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
Colorado Rapids v Toronto FC: Armas calls on hosts to heed 'wakeup call'
The Colorado Rapids are hoping to take a big step towards the MLS Cup playoffs when they host Toronto FC on Saturday.
The Rugby Championship: Springboks target trophy in Santiago
South Africa can clinch the Rugby Championship title this week, while Australia face the All Blacks. Read on for our Opta-powered preview.
Brest 2-1 Sturm Graz: Hosts making winning start on European bow
Report: Brest 2-1 Sturm Graz
Atletico Madrid 2-1 RB Leipzig: Late Gimenez header hands hosts victory
Jose Maria Gimenez's late header gave Atletico Madrid a vital 2-1 victory over Leipzig in their Champions League opener.
Elanga hoping Forest can keep clinical edge against Brighton
Preview: Brighton v Forest
Atalanta 0-0 Arsenal: Raya wonder save earns Gunners a point
Arsenal produced a stubborn defensive display to earn a goalless draw at Atalanta in the Champions League on Thursday.
Monaco 2-1 Barcelona: Ilenikhena seals memorable Champions League win for hosts
Monaco eventually used their man advantage, earning a memorable 2-1 victory over Barcelona in their opening Champions League match.
Women's Super League predictions: Will Bompastor make winning start with Chelsea?
As the new Women's Super League season gets under way, who is the Opta supercomputer backing for matchday one success?
Head century helps Australia thrash England in first ODI
Travis Head helped Australia make a winning start to their five-match ODI series against England, with a superb knock of 154.
Red Star Belgrade 1-2 Benfica: Turkish delight for visitors as Akturkoglu and Kokcu earn win
Benfica opened their Champions League campaign with a 2-1 victory at Red Star Belgrade on Thursday, with two Turkey stars on the scoresheet.