Paralimpik Paris 2024: Malaysia tutup tirai dengan dua emas, dua perak, satu gangsa
Saufi Tahir
September 9, 2024 09:59 MYT
September 9, 2024 09:59 MYT
Malaysia menutup tirai Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan meraih kutipan dua pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa selepas 11 hari temasya berlangsung.
Pingat emas pertama negara hadir menerusi perseorangan para negara, Cheah Liek Hou, yang berjaya mempertahankan gelarannya pada edisi Tokyo 2020 menerusi acara perseorangan lelaki SU5 badminton.
?????? ??????? ?? ???? ??? It took only 45 minutes for Cheah Liek Hou to retain his Gold Medal from Tokyo 2020 in Paris 2024. He won with Straight Set 21-13, 21-15. Good job Liek Hou, you make Malaysia proud. ? By Khairol Rizal pic.twitter.com/YOkSgxQL2X
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Satu lagi pingat emas disumbangkan oleh jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, yang berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (231kg) dengan angkatan baru 232kg untuk emas kedua negara.
Dalam pada itu, Ziyad Zolkefli berjaya menebus kehampaan dalam edisi Tokyo 2020 selepas dibatalkan penyertaan untuk meraih pingat perak dalam saingan lontar peluru F20.
??? ???? ???? Saturday 6 September 2024#RoadToParis #Paris2024#KitaSemuaTeamMAS #DemiMalaysia#KontinjenMALAYSIA #ParalympicCouncilMalaysia#MajlisParalimpikMalaysia #teampcm pic.twitter.com/kud04ynxKs
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Datuk Abdul Latif Romly juga tiada masalah untuk menyumbangkan pingat perak kedua negara menerusi acara lompat jauh T20 selepas mencatatkan lompatan 7.45 meter terbaiknya secara keseluruhan.
Pingat gangsa sulung negara dihadiahkan oleh Eddy Bernard dalam aksi debut di temasya paling berprestij itu dalam acara 100 meter lelaki T44.
?????? ???? ????? Thank you Latif Romly for the 2nd Silver Medal in Paris 2024 Paralympic Games. Graphics & ? By @ridhwanroslim II @csn.tv pic.twitter.com/wOpkhmS3GK
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) September 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan ke-42 turun tiga anak tangga berbanding edisi Tokyo 2020 lepas dimana kontinjen negara ketika itu menamatkan saingan dengan tiga emas dan dua perak di kedudukan ke-39 secara keseluruhan.
Terima kasih buat semua atlet paralimpik negara!
Credit Photo: OCM
#Ziyad Zolkefli
#Cheah Liek Hou
#Eddy Bernard
#Bonnie Bunyau Gustin
#Sukan Paralimpik Paris
#Datuk Abdul Latif Romly