Menurut laporan media di Itali, penjaga gol Manchester United, Andre Onana, kembali ke San Siro, untuk menyaksikan perlawanan bekas kelabnya, Inter Milan menentang Cagliari malam semalam.

Sejurus selepas menentang Bournemouth kelmarin, Onana menegaskan bahawa dia tidak sabar untuk kembali ke bandar itu untuk menyokong bekas pasukannya bermain.

Ia merupakan kepulangan pertamanya ke bandar terkemuka itu sejak meninggalkan Inter untuk menyertai Manchester United pada 2023.

Penjaga gol kebangsaan Cameroon itu, hanya bermain selama satu musim sahaja di Inter, selepas menyertai kelab itu dari AFC Ajax pada 2022.