Olivier Giroud masih berhasrat sarung jersi Perancis, Milan

Shaiful Shamsudin
January 24, 2023 02:19 MYT
Olivier Giroud merancang untuk menandatangani perjanjian baru dengan Milan dan belum bersedia untuk bersara mewakili Perancis di peringkat antarabangsa.
Kontrak pemain berusia 36 tahun itu bersama kelab Serie A berkenaan akan tamat Jun depan, secara tidak langsung mencetuskan persoalan mengenai masa depan bersama Les Bleus berikutan kekalahan final Piala Dunia 2022 kepada Argentina.
Ketua pasukan kebangsaan, Hugo Lloris, telah pun meluahkan hasratnya untuk mengundurkan diri termasuk Karim Benzema yang dia tidak beraksi di Qatar kerana kecederaan.
Bagaimanapun, Giroud, yang muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dalam kejohanan itu, tidak bercadang untuk mengikuti jejak berkenaan.
"Buat masa ini saya akan terus bersama pasukan kebangsaan.

52 - Olivier Giroud scored his 52nd goal for the French national team, overtaking Thierry Henry to become the top goalscorer in Les Bleus' history. Karting. pic.twitter.com/gAhR8X9xka

— OptaJean (@OptaJean) December 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya terkejut bahawa Hugo telah memutuskan untuk bersara, hubungan kami istimewa," katanya kepada Canal Football Club.
“Apa-apa sahaja boleh berlaku, saya belum menarik diri daripada pentas antarabangsa dan atas sebab ini saya kekal boleh dipanggil.
"Saya perlu menyelami perasaan sendiri dan saya masih mahu memakai baju biru itu, ia sangat bermakna buat saya.
"Saya mahu mengambil sedikit masa sebelum membuat keputusan."
#Milan #Olivier Giroud #Perancis