Olahraga MSSM: Lee Hup Wei kagum lihat atlet sedang meningkat naik

Najmi Iman
October 24, 2024 19:20 MYT
Mohamad Nawawi membawa pulang pingat emas buat kontinjen Kedah dalam acara lompat tinggi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di Stadium Perak, Ipoh.
Kejayaan tersebut menyaksikan Nawawi menjadi satu-satunya atlet melepasi ketinggian 1.98 meter dalam edisi kali ini.
Bekas atlet kebangsaan, Lee Hup Wei, menyifatkan penganjuran MSSM kali ini lebih baik tatkala kagum dengan barisan atlet yang mempunyai fizikal yang memberangsangkan.
Bagaimanapun, Hup Wei memasang impian untuk melihat setiap atlet muda berusaha melepasi tahap kelayakan iaitu 2.07m sekiranya ingin diserap dalam program pelapis kebangsaan.
"Sekarang dapat melihat MSSM lebih baik meskipun kebanyakan keputusan tidak memuaskan.
"Saya nampak ada beberapa bakat baru akan ke Bukit Jalil untuk menjalani latihan kebangsaan.
"2.07m menjadi halangan buat atlet B-17 tahun untuk menyertai kem kebangsaan sejurus selepas mereka habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini," kata Hup Wei.
#Olahraga #MSSM #Lee Hup Wei #Lompat tinggi #Majlis Sukan Sekolah Malaysia
;