Olahraga MSSM: Gagal raih emas acara lompat jauh, Alia Batrisyia tebus kekecewaan pecah rekod lompat kijang
Najmi Iman
October 24, 2024 19:11 MYT
October 24, 2024 19:11 MYT
Meskipun gagal meraih pingat emas dalam acara lompat jauh, Alia Batrisyia Nasarrudin menebus kekecewaan tersebut apabila mengungguli lompat kijang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 menewaskan Maritza Ferrer Anak Neil Armstrong.
Lompatan kelimanya dengan catatan 12.62 meter berjaya memintas kedudukan Maritza Ferrer, sekali gus melakar rekod baru MSSM dalam acara tersebut sejak 2013.
"Saya sangat gembira dan berbangga dengan diri sendiri kerana dapat memecahkan rekod kejohanan sambil disaksikan oleh ibu ayah.
"Kejayaan ini mengubati kekecewaan saya dalam acara lompat jauh kerana saya mahu menggondol dua pingat emas tetapi tidak kesampaian.
"Terima kasih kepada keluarga yang datang daripada jauh dan berjaya hadiahkan pingat emas buat negeri Kelantan," katanya.