Kontinjen negara berlepas ke Thailand dengan harapan mempamerkan prestasi yang lebih memberangsangkan Kejohanan Olahraga Asia.

Dan atlet pertama kebangsaan yang bakal membuka tirai saingan pada Rabu ini adalah Andre Anura Anuar yang beraksi dalam dua kategori iaitu lompat kijang dan lompat jauh.

"Selepas Sukan SEA, saya perlu berehat daripada menjalani latihan lompat kijang akibat kecederaan.

"Saya cuma perlu ingatkan diri sendiri agar melakukan rutin seperti biasa.

"Selebihnya adalah aspek teknik yang perlu diperbaiki," kata pemilik dua pingat emas Sukan SEA.

Sementara, cerita berbeza buat jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, yang tidak perlu mengharungi pusingan kelayakan kerana sudah pun layak ke aksi final.

Jackie berharap merekodkan catatan musim terbaiknya dalam kejohanan kali ini dalam peralihannya ke kategori A Sukan Asia, September depan.

"Persiapan saya berjalan lancar.




"Saya menyasarkan catatan melebihan 66 meter yang dilakukan di China April lalu.

"Saya mahu mencapai sasaran 67m agar lebih dekat dengan kategori A bagi Sukan Asia.

"Selepas Sukan SEA, dalam tempoh dua bulan ini saya memberi fokus kepada aspek meningkatkan kelajuan dan nampak ada perubahan," katanya pula.