Nurfazira sah pengganti Grace

Penulis Jemputan
January 19, 2018 13:00 MYT
Kekosongan yang ditinggalkan pemenang pingat emas acara baling tukul besi Sukan SEA 2017, Grace Wong, yang mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad negara akibat masalah keluarga, akan digantikan oleh seorang lagi atlet negara, Nurfazira Jalaludin.
Perkara itu disahkan oleh Nurfazira dan dia juga menjelaskan Kejohanan Ujian Sukan Asia Indonesia 2018 di Jakarta bulan depan bakal menjadi medan penilaian yang pertama buatnya.
"Grace memiliki bakat serta kekuatan, ditambah teknik yang bagus. Jadi, saya perlu menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada untuk membuktikan pemilihan saya berbaloi.
"Saya percaya dengan tunjuk ajar yang diberikan jurulatih dalam meningkatkan teknik yang saya miliki untuk mendapatkan balingan yang lebih jauh," katanya.
Nurfazira akan ke negara jiran itu diiringi oleh jaguh utama negara, Jackie Wong, yang turun selaku pemenang pingat emas Sukan SEA 2017.
"Kejohanan pada Februari adalah kejohanan pertama yang akan saya hadapi selepas hampir setengah tahun tidak beraksi dalam acara utama.
"Saya harap dapat mendapatkan semula rentak permainan dan sasaran saya adalah cuba meraih balingan 64 atau 65 meter," ujar Jackie.
#2017” #sea #“Sukan #“Jackie #besi” #Wong” #“Baling #“Grace #“Nurfazira #Jalaludin” #Tukul
;