Norza Zakaria sah bergelar Naib Presiden Majlis Olimpik Asia
Muzaffar Musa
September 8, 2024 16:00 MYT
September 8, 2024 16:00 MYT
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, sah bergelar Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Asia Tenggara untuk penggal 2024-2028.
Ini selepas dia menang tanpa bertanding jawatan itu dalam Perhimpunan Agung OCA di New Delhi, India hari ini.
MOM dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejadian itu.
"MOM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden yang dihormati, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, atas pemilihan tanpa bertandingnya sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara untuk penggal 2024-2028 sewaktu Perhimpunan Agung OCA ke-44 yang diadakan pada hari Ahad, 8 September 2024, di New Delhi, India.
"Bagi pihak seluruh keluarga MOM, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Norza atas pemilihannya sebagai Naib Presiden OCA”,
“Pemilihan Tan Sri Norza adalah bukti nyata kepada kepimpinan bertauladan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk memajukan Gerakan Olimpik, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Benua Asia” kata Timbalan Presiden MOM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, dalam kenyataan itu.