Nidzam Jamil buka medan selera konsep stadium bola sepak

Saufi Tahir
November 26, 2024 09:01 MYT
Bekas pengendali Selangor, Nidzam Jamil, kini membuka sebuah medan selera di Semenyih yang berkonsepkan sebuah stadium dan telah beroperasi sejak sembilan bulan lalu.
Terdahulu, jurulatih berusia 44 tahun itu melepaskan jawatannya bersama The Red Giants secara mengejut selepas membawa kelab dari Lembah Klang itu berada di tangga kedua Liga Super 2024/25 dan berada di puncak Kumpulan H dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
"Saya fikir kerana saya banyak keluar tengok banyak stadium, saya selalu fikir stadium merupakan tempat komuniti berkumpul jadi saya bawa imej stadium itu untuk dijadikan tempat ini.
Saya fikir stadium menampakkan kita semua boleh duduk di bawah satu bumbung yang sama mahupun vendor, pelanggan dan sesiapa pun untuk datang dan menikmati makanan di sini.
"Saya selalu anggapn staf saya seperti pasukan saya yang perlu kerjasama untuk raih keputusan yang positif. Itu perkara baik serta persamaan antara bola sepak dan uruskan medan selera." katanya.
#bola sepak #Selangor #Nidzam Jamil #ACLE
;