Nicol David tampil menawan bak primadona di Madrid

Kamal Nizam
April 23, 2024 18:09 MYT
Anugerah Sukan Dunia Laureus 2024 baru sahaja berlangsung pada isnin lepas dan sedar tidak sedar, seorang permata negara antara yang menghiasi majlis penuh prestij itu.
Insan yang dimaksudkan adalah Datuk Nicol Ann David yang menjadi antara pengundi buat anugerah itu sebagai satu-satunya Ahli Akademi Sukan Laureus 2024.
Lebih mendapat tumpuan adalah peragaan pakaian ditonjolkan bekas pemain skuasy nombor satu dunia itu yang dijahit khas oleh pereka fesyen terkemuka negara Rizman Ruzaini.
Perkara itu sekali gus membanggakan rakyat Malaysia sendiri apabila dua elemen ikonik tempatan berdiri gah di bumi Madrid.
#Skuasy #Datuk Nicole David #Laureus #Rizman Ruzaini
;