Ng Eain Yow tumpaskan juara dunia 2016 Karim Abdel Gawad

Azreena Faizal
June 8, 2024 17:26 MYT
Kejayaan Ng Eain Yow menundukkan juara dunia 2016, Karim Abdel Gawad, dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British sebelum langkahnya disekat pemain New Zealand, Paul Coll, di Birmingham Rep Theatre, awal pagi tadi, menerima pujian bekas pemain wanita negara.
Semangat juang dan kekuatan mental dari Eain Yow tidak dapat disangkal lagi susulan kemaraan ke suku akhir menewaskan juara dunia 2016 itu.
Prestasi cemerlang itu dipuji naib presiden Persatuan Skuash Malaysia, Sharon Wee yang berharap kualiti tersebut dicontohi setiap atlet.
Sekadar meletakkan pusingan kedua sebagai sasaran awal, Sharon menganggap kemaraan Eain Yow ke suku akhir adalah bonus.
"Eain Yow punya strategi, persediaan mental, dan semangat juangnya memang luar biasa. Saya percaya ranking dia dalam 'top 15' dan akan naik satu atau dua tangga," kata Sharon.
#Skuasy #Ng Eain Yow
;