Nelson San Martin kembali menabur bakti bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC dan bakal menggalas peranan sebagai pengarah teknikal pasukan.

Pemain tengah kelahiran Chile itu yang mengukir namanya ketika era kegemilangan 'double treble' skuad Hijau Kuning dan sebagai pemegang Lesen Diploma Pro A, dia pernah mengemudi Langkawi City pada 2020.

Sebelum ini, KDA turut mengumumkan Ahmad Fauzi Saari sebagai penyelaras pasukan sementara Nafuzi Zain kekal sebagai ketua jurulatih.




Sempena penstrukturan semula kelab yang dicanangkan oleh Pemilik Majoriti KDA, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, sebentar tadi, bekas ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, pula dilantik sebagai pengurusan pasukan KDA B yang dikemudi Khairul Ismail dalam kancah Piala MFL musim ini.

Roslee Md Derus akan membawa cabaran dalam saingan Piala Presiden yang melibatkan pemain B-20.