NBA: Williamson bantu Pelicans bangkit atasi Celtics

Ammar Hakim
February 22, 2021 11:34 MYT
Zion Williamson meluahkan kegembiraannya selepas New Orleans Pelicans mengatasi Boston Celtics dengan melakukan kebangkitan terbesar dalam sejarah NBA.
The Pelicans kelihatan berdepan kekalahan kepada Celtics tetapi mengubah defisit 24 mata dan mengejutkan pelawat 120-115 dalam masa tambahan saingan NBA, sebentar tadi.
Boston mendahului 79-55 pada pertengahan suku ketiga, sebelum Williamson, Brandon Ingram dan Josh Hart (17 mata, 10 rebound, tiga halangan dan satu rampasan) bekerja keras di New Orleans.
Ingram -- yang meraih 33 mata -- melengkapkan balingan tiga mata dengan 33.3 saat berbaki dalam masa tambahan, sementara bekas pemain draft nombor satu, Williamson meraih 24 daripada 28 mata berikutan separuh masa.

BIGGEST COMEBACK IN TEAM HISTORY! ? ????. ???. ????.#Pelicans | @HancockWhitney pic.twitter.com/xtP8hyFueC

— New Orleans Pelicans (@PelicansNBA) February 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berasakan ia mengenai keinginan untuk menang," kata Williamson.
"Kami hanya mahu menang. Kami tidak mahu diaibkan di gelanggang sendiri, jadi kami berjuang. Ia tidak kelihatan lancar pada mulanya, tetapi kami berjaya menemui sentuhan."
"Ia kemenangan yang besar bagi kami. Kami bangkit semula. Semua -- jurulatih, pemain -- semua bersatu mengumpul tenaga untuk menang."

"BIG WIN!" - Zion ? pic.twitter.com/19t3w726zZ

— New Orleans Pelicans (@PelicansNBA) February 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Boston Celtics #New Orleans Pelicans #NBA #Brandon Ingram #Josh Hart #Zion Williamson
;