NBA: Warriors sahkan Thompson terlepas seluruh musim kerana cedera
Muzaffar Musa
November 20, 2020 13:10 MYT
November 20, 2020 13:10 MYT
Golden State Warriors mengesahkan Klay Thompson dijangka akan terlepas seluruh saingan NBA musim 2020-21 kerana kecederaan serius.
Thompson koyak otot Achilles di kaki kanannya ketika sesi latihan Rabu lalu dan ujian imbasan MRI mengesahkan terdapat beberapa kecederaan di bahagian itu.
Pemain yang lima kali pernah tersenarai dalam NBA All-Star itu turut terlepas seluruh saingan musim 2019-20 selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di lutut kirinya ketika perlawanan keenam menjelang Final NBA.
Kini, Golden State perlu menempuhi aksi berpanjangan tanpa pemain berusia 30 tahun itu, yang merekodkan purata 19.5 mata, 3.5 rebound dan 2.3 bantuan sepanjang lapan tahun kariernya.
"Pemain Golden State Warriors, Klay Thompson, mengalami koyak tendon Achilles di sebelah kanan dan disahkan MRI di Los Angeles hari ini," kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan pasukan itu.
"Thompson mengalami kecederaan itu ketika melakukan senaman di California Selatan. Dia dijangka terlepas seluruh musim 2020-21."