NBA: Timberwolves gantung Gobert bertemu Lakers kerana tumbuk rakan sepasukan

Muzaffar Musa
April 11, 2023 01:54 MYT
Rudy Gobert digantung daripada perlawanan Minnesota Timberwolves menentang Los Angeles Lakers pagi esok gara-gara menumbuk rakan sepasukannyua, Kyle Anderson, dalam satu insiden pertengkaran sesama mereka.
Timberwolves mengumumkan penggantungan satu perlawanan buat pemain berusia 30 tahun berkenaan semalam.
Insiden itu berlaku dalam suku kedua perlawanan menentang New Orleans Pelicans hujung minggu lalu, di mana Gobert dilihat bertengkar dengan Anderson sebelum bertindak menumbuk dada rakan sepasukannya itu.
Gobert kemudian diiring meninggalkan padang sebelum dihantar ke rumah oleh pasukannya dalam waktu rehat separuh masa.
Biarpun ketinggalan 12 mata sewaktu insiden itu, Minnesota kemudian bangkit untuk mencatatkan kemenangan 113-108 untuk mengesahkan kedudukan kelapan dalam Sidang Barat.
Sekiranya mereka dapat menewaskan Lakers di Los Angeles, Minnesota akan menjadi pilihan ketujuh playoff NBA dan akan bertemu Memphis Grizzlies dalam pusingan pertama.

NEWS: The Minnesota @Timberwolves today announced the team has suspended center Rudy Gobert for one game following yesterday’s incident. Full release: https://t.co/YFuVmjTvhO

— Timberwolves PR (@Twolves_PR) April 10, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Minnesota Timberwolves #NBA #Rudy Gobert #Bola Keranjang