NBA: Tatum pastikan Boston Celtics benam Chicago Bulls

Ammar Hakim
November 5, 2022 04:12 MYT
36 mata Jayson Tatum cukup buat Boston Celtics mengatasi Chicago Bulls 123-119.
Di hadapan penyokong Boston, Celtics yang ketinggalan 37-26 di suku kedua bangkit untuk menamatkan separuh masa pertama mendahului 63-57.
Pemain Chicago, DeMar DeRozan, berusaha untuk membantu pasukan kembali dalam persaingan di suku ketiga, memperoleh 16 mata untuk mendahului 88-85 dan kedua-dua pasukan menghadirkan suku keempat yang penuh dramatik.
DeRozan menambah 11 lagi mata, menamatkan perlawanan dengan 46 mata.
Tatum turut memperagakan aksi cemerlang, bijak mencari peluang untuk memastikan kemenangan menerusi 11 mata yang diperoleh di suku terakhir sekaligus memadam kebangkitan Chicago.

Vintage JT pic.twitter.com/8VTMHavLDH

— Boston Celtics (@celtics) November 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#NBA