NBA: Suns samai rekod kemenangan terbanyak selepas benam Warriors

Muzaffar Musa
December 1, 2021 14:25 MYT
Phoenix Suns menyamai rekod terbaik 17 kemenangan berturut-turut dalam NBA dan melonjak ke kedudukan sama dengan pendahulu, Golden State Warriors, selepas menewaskan lawan itu 104-96 hari ini.
Rekod terbaik Suns itu diraikan tanpa Devin Brooker, yang mengalami kecederaan paha kiri dalam suku kedua dan tidak dapat meneruskan aksi.
Deandre Ayton muncul penjaring terbanyak dengan 24 mata selain 11 rebound manakala guard veteran, Chris Paul, pula mendaftarkan 15 mata dan 11 bantuan tetapi pertahanan Phoenix wajar diberikan pujian dalam meraih kemenangan itu.
Warriors pula hanya mampu meraih 61 mata selepas quarter-time, di mana Stephen Curry dan Draymond Green, masing-masing menamatkan perlawanan itu dengan hanya 12 dan lapan mata.
Keputusan itu bermakna Suns dan Warriors kini merekodkan 18-3 dan akan kembali bertemu Jumaat ini.

From 1-3 to 18-3. The @Suns have won 17 straight games, tying their franchise record! pic.twitter.com/vhTn0lSwoO

— NBA (@NBA) December 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Golden State Warriors #Phoenix Suns #NBA #Bola Keranjang
;