NBA siasat unsur kontrak James Harden

Shaiful Shamsudin
July 30, 2022 12:34 MYT
NBA akan memulakan siasatan ke atas Philadelphia 76ers berhubung kemungkinan melanggar peraturan kontrak yang membabitkan James Harden, P.J. Tucker dan Danuel House Jr, menurut Adrian Wojnarowski daripada ESPN.
Penganjur itu mahu menyiasat situasi Harden yang menolak pilihan pemainnya bernilai $47 juta (RM209.1j) untuk menandatangani kontrak dua tahun, sebaliknya dia memasukkan nilai $68j (RM302.6j) termasuk pilihan pemain untuk tahun kedua perjanjian itu.
Persoalan telah dibangkitkan tentang sama ada perjanjian itu mampu mengubah senario rundingan secara kolektif pada masa depan.

ESPN Sources: The NBA has opened an investigation into the Philadelphia 76ers for possible tampering and early contact centered on franchise’s summer free agency class of James Harden, P.J. Tucker and Danuel House. Sixers have begun cooperating with league on probe. Story soon.

— Adrian Wojnarowski (@wojespn) July 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan Harden untuk menolak pilihan pemain memberikan Philadelphia lebih fleksibiliti untuk menandatangani Tucker dan House.
"Kami dapat berjimat tahun ini demi menandatangani seberapa banyak pemain yang kami perlukan bagi membantu kami bersaing dan menjadi pasukan terakhir yang berdiri teguh, ia cukup penting buat saya," katanya dalam temu bual bulan ini.
"Saya mahu buktikan kepada organisasi, peminat Sixers dan semua pihak yang menyokong impian kami. Apa yang saya cuba capai secara individu, inilah yang saya maksudkan."
Tucker menandatangani kontrak tiga tahun sebanyak $30j (RM133.5j) sementara House memeterai perjanjian bernilai $8.4j (RM37.3j) selama dua tahun selepas tindakan Harden menolak pilihan pemainnya.
#James Harden #NBA
;