NBA: Phoenix Suns hilang khidmat Cameron Johnson

Muzaffar Musa
November 9, 2022 05:07 MYT
Tonggak Phoenix Suns, Cameron Johnson, akan menjalani pembedahan bagi memperbetulkan meniskus di lutut kanannya hari ini dan dijangka akan diketepikan sekurang-kurangnya selama sebulan.
Johnson, 26, merupakan pilihan Suns dalam pusingan pertama NBA Draft dan selepas kerap memainkan peranan daripada bangku pemain simpanan sepanjang tiga musim pertama, pakar jaringan tiga mata itu kemudian mula beraksi sebagai pemain utama Suns musim ini.
Dia kemudian mengambil alih tempat Jae Crowder dalam barisan utama pasukan itu, situasi yang dilaporkan menjadi punca Crowder bertindak untuk meninggalkan Sun dan kecederaan yang dialami Jhonson dilihat tidak akan mengubah keputusannya.
Dalam perlawanan sebelum kecederaannya, Johnson memacu persembahan Suns dengan mendaftarkan 29 mata menerusi 10 daripada 17 percubaannya sewaktu menewaskan Minnesota Timberwolves 116-107.

Cam Johnson caught fire from beyond the arc in the @Suns win tonight. 29 PTS, 3 AST, 3 STL, 7 3PM pic.twitter.com/GdMb0g5XDh

— NBA (@NBA) November 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#NBA #Bola Keranjang