Tyler Herro memacu kemenangan 112-109 Miami Heat ke atas Boston Celtics untuk mendahului Persidangan Timur 3-1.

Herro -- diangkat selaku bintang ke-13 terbaik dalam carta NBA 2019 -- mencuri tumpuan dalam pertemuan Permainan 4, play-off di Walt Disney World Resort itu sebentar tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu mengumpul 37 mata menerusi 14 daripada 21 lontaran selain mencatat enam rebound dan tiga bantuan jaringan ketika memperagakan persembahan yang mengagumkan.

Pungutan tertinggi dalam kerjayanya itu membolehkan Miami menghampiri final persidangan NBA sejak 2014 dengan baki satu perlawanan lagi.


Sambil Herro mendahului pungutan mata, Jimmy Butler turut menyumbang 24 mata dan sembilan rebound, Bam Adebayo (20 mata dan 12 rebound) dan Goran Dragic (22 mata).

Berdasarkan rekod STATS, 37 mata yang disumbangkan Herro merupakan jaringan terbanyak buat pemain yang membuat kemunculan pertama dalam final Persidangan sejak Magic Johnson melakarnya menerusi rekod 42 mata dalam perlawanan akhir Permainan 6 edisi 1980.

Satu-satunya khabar buruk buat mereka ialah kecederaan yang menimpa pemain yang membarisi senarai All-Star, Adebayo, apabila menanggung masalah pergelangan tangan di penghujung permainan.

Buat pertama kalinya The Heat mengekalkan pendahuluan separuh masa pertama dalam siri ini biarpun kedudukan itu kemudian diimbangi Boston.

Tanpa sebarang jaringan setakat separuh masa pertama, bintang Celtics, Jayson Tatum, bangkit menyumbangkan 16 mata dalam suku ketiga untuk mengakhiri perlawanan dengan 28 mata.


Kemba Walker pula mengutip 20 mata sementara Jaylen Brown menyumbang 21 namun belum cukup untuk Celtics mengelak kekalahan.