NBA: LeBron pemain paling unik dalam sejarah -- Vogel

Muzaffar Musa
January 22, 2022 06:30 MYT
Ketua jurulatih Los Angeles Lakers, Frank Vogel, memuji LeBron James dengan menyifatkannya sebagai "pemain paling unik dalam sejarah bola keranjang" selepas tonggak pasukannya itu mempamerkan aksi luar biasa selaku pemain tengah dalam separuh masa kedua perlawanan hari ini.
James menamatkan perlawanan dengan 29 mata, tujuh rebound dan lima bantuan selepas beraksi secara eksklusif di bahagian tengah sepanjang babak kedua ketika menewaskan Orlando Magic 116-105.
MVP empat kali itu menggantikan peranan Dwight Howard selepas separuh masa untuk Lakers merekodkan 20-2, sekali gus memadamkan defisit 54-62.
"Dia merupakan pemain paling unik dalam sejarah permainan ini," kata Vogel kepada wartawan mengenai James.
"Kami memenangi kejuaraan bersamanya ketika dia beraksi sebagai point guard dua tahun lalu, dia seorang pemain sayap sepanjang kariernya dan kini dia bermain di bahagian tengah buat kami.
"Ia agak luar biasa, dan untuknya melakukan perkara itu pada tahap kariernya seperti ini, ia menjadi lebih luar biasa," katanya.

? 25+ points in 16 straight games ?#LeBronJames x #NBAAllStar pic.twitter.com/9tW1G5laOx

— Los Angeles Lakers (@Lakers) January 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#LeBron James #Los Angeles Lakers #NBA #Bola Keranjang