LeBron James kecewa apabila Los Angeles Lakers gagal mendatangkan bekas rakan sepasukannya, Kyrie Irving, dalam pasaran pemain.

James dan Irving menjadi satu-satunya gandingan yang berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-3 dalam NBA Finals dengan mencipta rekod 73-9 sewaktu bersama Golden State Warriors pada 2016.

Sejarah dan keserasiannya sewaktu bersama Irving membuatkan James mahu pasukannya mendapatkan pemain itu dari Brooklyn Nets, di mana dia berasakan ia satu peluang yang ditunggu-tunggu pasukannya sebelum kesempatan itu dirampas Dallas Mavericks.


Bercakap kepada wakil ESPN, Michael Wilbon, James menjelaskan mengapa dia berasakan Irving pemain paling sesuai buat Lakers tetapi menegaskan dia sudah melupakan perkara itu.

"Saya tidak booleh duduk di sini dan katakan saya tidak kecewa apabila gagal mendatangkan pemain berbakat seperti itu.

"Seorang yang memiliki persefahaman yang hebat dengan saya dan saya tahu saya memeliki kerserasian dengannya di atas galanggang yang boleh membantu anda memenangi kejohanan ini, di mata dan minda saya.

"Tetapi saya sudah alihkan fokus saya. Fokus saya sudah dialihkan ke mana yang sepatutnya dan ia bersama kelab ini dan apa yang kami ada di bilik persalinan.

"Ia peralihan yang cepat. Ia tidak memerlukan masa yang lama buat saya. Saya tidak mudah terlalu teruja dengan kemungkinan yang boleh berlaku.

"Kami akan melupakannya dan kami akan menamatkan musim ini dengan hebat. Mencuba mendapatkan tempat ke pasca musim dan jika kami cukup sihat, kami boleh bersaing dengan sesiapa sahaja," katanya.