LeBron James mengakui beraksi tanpa Anthony Davis merupakan waktu yang amat sukar buat Los Angeles Lakers.

Lakers tewas 115-124 kepada Dallas Mavericks hari ini, di mana Mavs memperoleh 51 mata dalam suku katiga.

Kekalahan itu meyaksika Lakers kini merekodkan 12-20 selepas tewas empat perlawanan pertama tanpa penglibatan Davis, yang mengalami kecederaan kaki ketika mereka mencatatkan kemenangan 126-108 ke atas Denver Nuggets pada 16 Disember lalu.

"Realitinya, tanpa AD, kami kurang ketinggian, di mana ia sudah tidak ada," kata James kepada wartawan selepas kekalahan itu.

"Kami sudah sedar bahawa tanpa AD, ia amat sukar, amat mencabar. Saya fikir pada satu ketika kami memiliki barisan pemain, saya fikir Austin Reaves (6 kaki 5 inci) merupakan pemain paling tinggi di atas padang.

"Anda tidak memerlukan kajian sains untuk menyedarinya," katanya.